Jumat, 02 September 2016

  • Jika ramai di kalangan rakan-rakan anda beransur-ansur menjadi kaki vape, anda sebagai seorang yang smoke-free tentu pening bila mereka bercakap tentang tank, mod dan e-liquid. Apa tu?

    • Dalam artikel ini, kami akan kongsikan definisi ringkas bahagian-bahagian dalam sebuah vape.
      says.com
  • Perlu diingatkan bahawa artikel ini tidak bermaksud kami menyokong mahupun membantah penggunaan vape. Ia sekadar berkongsi info sahaja.

  • 1. Dahulu ada e-cig, sekarang vape pula. Apa beza antara kedua-duanya?

    • E-cig dan vape adalah dua benda yang sama, cuma berbeza dari segi saiz dan kelebihan modifikasi. Kedua-duanya berfungsi sebagai rokok elektronik yang biasanya digunakan untuk mereka yang ingin berhenti menghisap rokok.

      Tiada bahan yang dibakar semasa vapour menghisap vape, berbanding perokok yang harus membakar tembakau. Sebaliknya yang dihisap dan dihembus adalah wap dari cecair nikotin yang disimpan dalam rokok elektronik itu.

      Selain itu, e-cig lebih simple untuk digunakan tetapi bentuk dan kandungannya tak ada modifikasi. Sebab itu kini ramai beralih arah kepada vape kerana mahu kebebasan modified vape masing-masing.

      Empat komponen utama dalam vape ialah tank, atomizer, liquid dan mod.
      says.com
  • 2. Tank atau tangki adalah tempat penyimpanan cecair (liquid) yang akan menghasilkan wap apabila disedut dan dihembus

  • 3. Atomizer berfungsi seperti "dapur" yang akan memanaskan e-liquid sehingga ia menghasilkan wap

    • Atomizer biasanya diganti tiga bulan sekali. Dalam atomizer terdapat lingkaran atau coil yang menggunakan benang filamen seperti bola lampu pijar atau mentol (disebut sebagai wick) dan akan habis terbakar jika terus menerus digunakan.
      says.com
  • 4. E-liquid itu apa pula?

      • 8700 Image via healthworks.my
        Perisa milo ais adalah antara yang paling popular digunakan di Malaysia.
    • E-liquid atau juga dipanggil e-juice ialah cecair yang akan menghasilkan wap yang disedut dan dihembus oleh vapour. E-liquid disimpan di dalam tangki dan terdiri dari empat bahan utama iaitu:
      1. Air
      2. Propylene glycol (PG) atau gliserin nabati (VG / Vegetable Glycerin)
      3. Nikotin
      4. Pemberi aroma/perasa/bumbu/flavoring

      Dengan kata lain, rasa "sedap" yang dinikmati mereka yang menghisap vape ini semuanya datang dari e-liquid. Pelbagai perisa boleh didapati di pasaran. Antaranya perisa milo ais, perisa nenen, sirap dan sebagainya.
      says.com
  • 5. Apa yang vapours maksudkan bila mereka bercerita tentang mod?

    • Secara ringkasnya, mod merupakan tempat simpanan bateri dan sumber tenaga untuk vape.

      Mod paling ringkas ialah mechanical mod yang berbentuk seperti pen dan tidak memiliki fungsi dan komponen elektronik yang lain selain dari bertindak sebagai bateri atau sumber tenaga.

      Tetapi mod yang popular sudah tentulah box mod. Jika anda nampak rakan-rakan anda vape dalam pelbagai bentuk bersaiz sama seperti portable charger, itulah vape dengan fungsi box mod. Ruang ekstra yang disediakan dari bentuk kotak ini akan memberikan pengguna kebebasan untuk meletakkan fungsi tambahan seperti alat untuk mengawal wap, digital screen ataupun bateri tambahan.
      says.com
  • 6. Bateri apa yang digunakan dalam vape?

    • Vape menggunakan bateri tersendiri dan ia penting sebagai sumber tenaga kerana tanpa bateri, vape tidak akan berfungsi. Bateri vape yang dipilih harus bersesuaian dengan keseluruhan vape yang digunakan, iaitu jumlah miliampere (mAH) dan amperage (A). Semakin besar mAH, semakin lamalah vape boleh digunakan. Fuhh, dah macam belajar kejuruteraan elektronik pula.
      says.com
  • 7. Berapa harga untuk satu vape?

    • Harga starter kit untuk vape biasanya bermula dari RM90, di mana anda akan mendapat vape jenis mod mekanikal. Jika anda mahu vape dengan pelbagai jenis bentuk seperti yang terdapat dalam pasaran, anda hanya perlu membeli box mod sahaja dan meletakkan atomizer pada box mod yang anda beli.

      Harga box mod pula mengikut fungsi yang terdapat padanya. Paling mahal boleh mencecah ribuan ringgit.
      says.com
  • 8. Kenapa sekarang kecoh diperkatakan tentang vapours di laman sosial?

    • Ini mungkin kerana ramai vapours baru yang teruja menghisap vape di khalayak ramai sehingga mengganggu orang lain. Walaupun yang dihisap dan dihembus cuma wap, tetapi ramai yang berpendapat vapours masih tidak berhak untuk berbuat sedemikian sesuka hati di merata-rata tempat, apatah lagi jika ada anak kecil berhampiran.

      Dan masih ramai berpendapat yang perlakuan vaping ini adalah sama seperti merokok, jadi jika vaping di kawasan dilarang merokok, mereka tetap dianggap melanggar peraturan.

      Selain daripada itu, dikhabarkan bahawa golongan penjual vape ini suka cari pasal. Jangan begitu. Kan elok kalau vape tu sekadar suka-suka saja, tak perlu serius dan ri

Tidak ada komentar:

Posting Komentar